Jumaat, 8 Oktober 2010

Kedah Selatan


Pemandangan waktu pagi Kedah Selatan melitupi Kulim, Bandar Baharu dan Baling berlatar belakangkan Gunung Bintang setinggi 1862 meter merupakan gunung tertinggi di Kedah.

Jumaat, 1 Oktober 2010

BAJA BIOLIQUID





Enam bulan yang lalu, sahabat iaitu Japrol ada menceritakan berkenaan baja liquid dan pada masa tu kekalutan yang sedang melanda terpaksa dilupakan seketika. Sebelum puasa yang lalu, orang yang sama memperingatkan sekali lagi, terus aku kepejabat di jalan Kuala Ketil untuk mengambil baja tersebut.

Baja itu adalah bebas dari bahan kimia dan adalah baja dari sumber semulajadi dan cecair. Setelah mencubanya barulah aku mendapat hasil yang agak menakjubkan. Percayakan tidak buah rambutan berbuah diluar musim, saiz daun menjadi lebih besar dan subur dan tahan penyakit. Diatas ini ada beberapa gambar yang telah diambil setelah disembur baja tersebut.