Khamis, 22 April 2010
Balik ke Driving Range
Sudah agak lama meninggalkan bidang sukan ini dan kali terakhir bermain dengan pegawai Porim di Port Moresby pada tahun 2007. Dah tiga tahun tak sentuh kayu golf tetapi sejak digugurkan dari pejabat bermula awal bulan ini, tangan ini gatal sahaja nak ketok gola kecil itu. Bagai rasa nak ketok kepada orang saja.
Dah dua kali ke driving range yang pertama minggu lepas, lepas tu cuti seminggu sebab pinggang tergeliat dan lepas tu semalam bersama Afit. Habisla seorang 200 biji bola tu pun ambil masa 2 jam baru selesai. Biasala kat driving range ini nak pukul bola macamana pun tak pa sebab bola banyak dan ianya berbeza diatas padang sebenar kerana waktu bermain hanya yang ada sebiji bola saja. Jika itu hilang ka, tak jadi ka, mau kena penalti. Maka bertambahla pukulan nanti, jadi tripple boggey.
Tapi kali ini rasa kurang letih tu adala sebab mungkin dah terbiasa kut dan cuba berbagai batang kayu seperti iron 7, iron 3, driver, petiching dan sebagainya. Tetapi yang sedap juga adalah iron 7, letak-letak terus bola melambung mencecah 120m. Fuuhh........lega ingatkan dah hilang skill lama rupa-rupanya ada lagi.
Lepas jam 1200 tengahari, kedai tayar buat panggilan mengatakan sparepart yang aku order semalam dah sampai. Bukan apa tu, panggilan kocek aku la yang bakal terbang lagi. Kopak juga Rm130.00 kat kedai tu tapi apa boleh buat, semua kerana kereta, kalau tak jaga nanti lagi teruk sakit tu berjangkit. Dah la semalam tukar absorver dan RM400.00 belanja termasuk upah kerja.
Apa nak buat, hari ini tak tentu lagi nak pi driving sebab petang ni kena pi Pulau Pinang hantar abah aku nak duduk sana dua-tiga hari. Dia pun nak balik kampung juga maklumla dah lama tak balik kampung di Sungai Burung, Balik Pulau, Bukan tu dia rinndu nak tengok nelayan balik dari kelaut, tengok orang punggah ikan naik kedarat, makan ikan segar dan pi solat jumaat dimasjid. Semua ini bakal mengingatkan kembali kenangan lama beliau.
Jam 3.00 petang dah nak gerak mungkin malam sampai balik kut........
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam, tuan.
BalasPadamArtikel ini menarik, cuma ada masalah sedikit. Kalau boleh, tolong semak ejaan sebelum posting. Jangan kelam kabut. Sabar itu baik untuk anda. Sabar itu juga separuh daripada iman. Hal ini tidak termasuk loghat daerah sebab loghat daerah terpaksa diabaikan. Sebagai contoh, kenyataan pada gambar pertama di atas. Cuba baca lagi sekali.
Terima kasih.
Tuan Editor, memang kabut sikit sebab kadang2 tu dah rasa macam betul dah..............tapi bagus juga tuan tolong saya dalam perkara macam ni, bukan senang kekawan dah tolong. Baik saya akn cuba memperbaiki kesalahan tersebut dengan membuat pembetulan.
BalasPadamterima kasih