Jumaat, 12 November 2010

Made In Ibrahim......kejayaan anak-anak ex-ASMI


Kumpulan koir sekolah

Omar Zakuan, CT dan CT Nurmaisarah
Shafiq Yusoff

Anis Syazwani Abdul Malik

Nurfarah Farzana Mazlan
Baiti Jasmi
Afiq Wajdi Suhaimi
Malik Che Pa
Farudin Darus

Rabu lalu bersamaan dengan 10 November 2010, majlis anugerah cemerlang telah diadakan di SK Batu Empat, Jalan Jeniang, Gurun dan istimewanya didalam majlis tersebut sahabat-sahabat kita hadir sebagai pemberi hadiah antaranya ialah Abd. Malik Che Pa, Farudin Darus. Suhaimi Mansur dan Jasmi Mohd Nor antara anak mereka yang menerima hadiah.

Seperti biasalah mana-mana majlis pun dimulai dengan bacaan doa, ucapan YDP PIBG dan Guru Besar sekolah serta persembahan dan selingan. Tetapi kali ini ada sedikit kelainan dimana acara penutup agak bersemangat sekali dengan dendangan koir sekolah yang menyantikan lagu-lagu patriotik kebangsaan.

Senarai penerima hadiah pada hari tersebut.

1. Afiq Wajdi bin Suhaimi---anak kepada Suhaimi Mansur menerima hadiah tempat ketiga dalam aliran, kelas dan mata pelajaran terbaik bagi Bahasa Arab, Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Jawi dan mendapat gred 5A.

2. Auni Syamimi bt. Abdul Malik- anak kepada Abdul Malik Che Pa pula menerima hadiah Matematik terbaik tahun 2 dengan markah 100 peratus.

3. Nur Baiti bt. Jasmi - anak kepada Jasmi Mohd Nor mendapat hadiah terbaik didalam matapelajaran Pendidikan Islam.

4. Nur Farah Farzana bt. Mazlan - anak penulis mendapat tempat ke 6 dalam aliran tahun 2 dengan keputusan 5A turut menerima hadiah pada majlis tersebut.

5. Muhammad Syafiq bin Md. Yusoff - anak jiran penulis mendapat tempat ke 5 dalam aliran dengan kejayaan yang cemerlang.

6. Anis Syazwani bt. Abdul Malik - anak kepada Abdul Malik Che Pa mendapat tempat pertama bagi tahun 5 didalam kelas dan aliran dengan markah cemerlang 5A dan terbaik dalam mata pelajaran BM-penulisan, Matematik dan Bahasa Arab.

Kepada penerima anugerah cemerlang ini diharapkan dapat mengekalkan prestasi anda hingga kepada peperiksaan sebenar iaitu UPSR dan penulis juga tidak lokek berkongsi gambar-gambar yang diambil semasa majlis berlangsung.

Isnin, 8 November 2010

Penguasaan Buruh Asing Dalam Industri Perladangan Negara




Malaysia merupakan gabungan antara Sabah, Sarawak dan Singapura sejak tahun 1963. Negara Brunei pun turut dijemput tetapi British masih mahu menguasai negara tersebut. Selepas berpisah pada tahun 1965 dengan Singapura, Malaysia tidak menoleh ke belakang lagi dalam usaha membangunkan bidang pertanian. Antara tranformasi pertanian yang tersebut yang dilakukan oleh Tun Razak ialah penubuhan FELDA, sebuah organisasi pusat dalam usaha mewujudkan satu kelompok atau secara agresif dalam usaha menjadikan negara ini terkehadapan dalam pertanian.

Penubuhan agensi lain turut membantu mempercepat lagi usaha tersebut. Sejak dari itu, Malaysia merupakan negara pengeluar getah terbesar di dunia sehinggalah kelapa sawit mengambil alih pada awal tahun 1990an. Keadaan itu berlangsung sehingga negara beralih kepada industri perkilangan, kesuraman pertanian jelas dapat dilihat di mana anak-anak muda sudah kurang berminat dalam mengusahakan pertanian hatta sawah mereka sendiri.

Suatu ketika terdapat jurang yang sangat besar antara pertanian dengan perkilangan. Kita sendiri terpaksa mengimpot makanan asas dari luar dan ini amat merugikan negara dari segi pertukaran wang.

Kenapa suasana begini terus berlaku dan angkara siapa dan bagaimana jalan penyelesaian. Satu persoalan yang amat menarik untuk dibincangkan dan secara dasarnya semua akan diletakan dibahu pemerintah.

Sejak dulu lagi masyarakat kita sudah mengamalkan pertanian secara tradisional iaitu kaedah untuk pakai sendiri. Apa yang berlaku dahulu, jika kita menanam padi, maka padi yang sudah dituai akan disimpan di dalam jelapang atau guni dan jika hendak digunakan, makanya ditumbuk padi tersebut menjadi beras dan disimpan untuk bekalan sepanjang tahun.

Jika dulu ramai anak-anak muda tempatan secara langsung terlibat dalam usaha penanaman padi bermula dari petak semai hinggalah ke memukul(memisahkan padi dari tangkainya). Bagaikan satu perayaan pula bila tiba musim menuai di mana hampir seluruh kampung berkumpul di sawah.

Tetapi kini suasana sebegitu sudah lenyap ditelan zaman. Anak-anak muda tempatan sudah mengorak langkah kebandar dan bekerja disana. Dengan memegang pelbagai jawatan dikota-kota besar, dengan megahnya setahun sekali pulang kekampung dengan bergaya sehinggakan sawah atau kebun dahulunya menjadi sumber rezeki untuk mereka hidup selesa dibandar sudah dilupai. Anak-anak mereka sudah tidak mengenali lintah, pacat, lembu, ikan haruan dan sebagainya. Agak sedih jika keadaan ini berterusan.

Diladang getah tidak kira milik individu, syarikat besar atau milik GLC, boleh dikatakan buruh asing sudah menguasai hampir 55% dimana selebihnya cuma jawatan pengurusan milik rakyat tempatan. Misalnya diladang getah di Bukit Lembu, kaum India sudah mula berkurangan jika dibandingkan dengan buruh dari Thailand dan Myanmar.

Disebuah ladang, bilangan pekerja dari Thailand adalah seramai 17 orang dan kebanyakkan mereka adalah dari golongan penoreh dan pengait buah kelapa sawit.
Pekerja kaum India hanyalah sebanyak 18 orang untuk sebuah syarikat disitu.

Kalau diletakkan kesalahan pada pemerintah adalah tidak tepat kerana pihak yang menguruskan kemasukkan buruh asing meluluskan kepada jumlah permintaan majikan. Jika disalahkan majikan, nanti tiada pengeluaran sehingga boleh menjejas harga di pasaran dan punca pengangguran dan siapa lagi jika tidak pemuda tempatan yang merasakan bekerja di ladang adalah satu. Gaya terkini dari majikan adalah cuba memiliki seramai mungkin pekerja dari luar kerana upahnya murah, mudah menurut perintah dan rajin.

Pekerja-pekerja ini sudah tentu berusaha sedaya upaya untuk membawa duit sebanyak mungkin dalam masa tertentu kerana mereka sendiri pun mempunyai tanggungjawab dikampung. Contohnya pekerja dari Bangladesh, untuk bekerja disektor pembinaan, mereka telah mengeluarkan belanja yang banyak hampir mencecah belasan ribu ringgit. Kemudian untuk datang kesini, mereka telah mengadaikan apa yang sepatutnya sebagai sumber kewangan. Bayaran balik dengan faedah yang tinggi membuatkan mereka perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk membayar balik duit tersebut.

Manakala, tiada daya yang kuat dari pekerja tempatan kerana lebih selesa dihalaman sendiri seperti segalanya terhidang. Bila merasa bebanan kerja tersangat tinggi, mulalah mereka berpindah kepada kerja yang boleh memberikan mereka pendapatan yang lebih.

Sebenarnya bekerja diladang ini memberi satu kepuasan yang tersendiri bagi mereka yang pernah melaluinya. Hasil sebulan boleh mencecah RM2,000.00 sebulan menyebabkan peluang ini segera diisi oleh warga asing. Penguasaan didalam industri perladangan oleh buruh-buruh asing merupakan satu fenomena yang sedang menakutkan rakyat tempatan. Malahan kerajaan juga mengeluh kerana tukaran wang asing semakin meningkat dan kerugian kepada negara begitu ketara.

Kenapa perlu mengeluh jika kerajaan sendiri jarang menjengok nasib mereka terutama pekerja ladang tempatan. Keadaan rumah di ladang begitu asas sekali dan kemudahan prasarana amatlah menyedihkan. Setidak-tidak kerajaan turun menjengok masalah mereka dan cari jalan penyelesaian. Pendapatan bulanan mereka bagaimana dengan keadaan harga terkini. Sekarang harga getah kering sudah mencecah lebih RM12.00 sekilo sedangkan bayaran yang diterima oleh pekerja ladang tersebut masih dibawah paras miskin. Dalam keadaan harga sekarang, kerajaan boleh berbincang dengan pemilik ladang getah bagi mencari satu kaedah menang-menang dengan pekerja. Masakan harga sudah melebihi paras RM12.00 sekilo, sedangkan tiada perubahan dari segi kenaikan gaji.

Harga susu kering yang diberikan oleh najikan adalah sebanyak RM1.20 sekilo dan skrap sebanyak RM 0.60 sekilo merupakan harga lama. Harga ini sudah tidak relevan lagi dengan harga barangan semasa. Dan, didalam menyelesaikan masalah ini, pihak yang menjaga kepentingan pekerja ladang seperti EXCO Sumber Manusia perlulan turun keladang bagi meninjau masalah mereka.

Jika kawasan tersebut terletak didalam DUN Bukit Selambau, maka YB S. Manikumar perlu turun keladang bagi meninjau masalah mereka. Pembelaan daripada kesatuan atau persatuan yang mewakili mereka adalah penting. Tetapi setakat hari ini, tiada satu pun kesatuan dan persatuan turun menjengok apatah lagi menanya khabar.

Jumaat, 5 November 2010

Banjir di Kedah




Selama hampir 100 tahun, inilah banjir paling teruk itu pun menurut blog Kedahlanie dan diucapkan takziah semua mangsa dan banyak-banyaklah bersabar. Itu terbaru dari Kedah dan paling suram kekalahan Pakatan Rakyat dalam dua pilihanraya kecil di Galas dan Batu Sapi merupakan satu perkara yang perlu direnung sedalam-dalamnya oleh pihak yang terlibat.

Pada pandangan penulis misalnya di Galas, ini merupakan kerja kuat UMNO dan BN gaya sederhana dan kesetiaan rakyat Galas kepada putera raja, Tengku Razaliegh. Besarnya pengaruh KULI disana tidak boleh diganggugugat dan itulah cara politik orang Kelantan. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam memastikan pilihanraya tersebut berlangsung dalam aman.

Bagi diri penulis sendiri, ini merupakan minggu terakhir berkerja di ladang getah dan sawit. Notis berhenti kerja sudah dibaca oleh majikan dan beliau seolah setuju dengan notis tersebut. Keseronokan bekerja disana merupakan satu pengalaman yang sukar dilupakan dan sukar untuk mendapat satu pembelajaran yang amat berharga. Daripada kosong hinggalah sendiri tahu bagaimana untuk menoreh dan mengutip skrap dan susu.

Penulis akan terbang ke PNG selepas raya haji (dengan izin Allah) dan dijangka berada disana selama 1 bulan bagi memulakan kerja-kerja peringkat awal didalam sesuatu projek hutantani. Tawaran tersebut sebenarnya sudah lama diterima tetapi sengaja penulis membiarkan perkara ini tiba dipenghujung tahun kerana ingin berada lama disini. Sejak bulan Mac lagi penulis ditawarkan peluang tersebut dan bagaimana berlaku semua ini hanyalah dengan izin Allah semata-mata.

sebelum menjejak kaki dibumi asing, adalah baiknya penulis menghabiskan saki baki kerja yang tertunggak seperti pemasaran baja bioliquid dan proses pembelian dan penjualan tanah. Diharapkan semuanya selesai sebelum hari raya korban ini.