Selasa, 25 Mei 2010

Cuti yang panjang

Sejak terima notis pemberhentian pada 1 April 2010 dahulu, masuk dengan hari ini sudah 55 hari bercuti dan sampai bila pun belum ada kesudahannya. Sebelum itu sibukla sedikit dengan tugasan pejabat yang tidak seberapa tetapi selepas itu kepala menjadi beku.

Kenapa aku diberhentikan? Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, pemberhentian ini disebabkan ketidakmampuan kerajaan negeri untuk membiayai projeknya di luar negara. Ini berdasarkan kepada beberapa pendapat yang boleh dikira pakai seperti berikut:

a) Sebagai kerajaan negeri, selepas memenangi pilihanraya pada 8 Mac 2008, kerajaan mengambil keputusan untuk melabur diluar negara dengan memasuki bidang pertanian seperti kelapa sawit atau pun getah. Ini memandangkan kerajaan negeri ingin mengekalkan keluasan hutan simpan yang ada sekarang dengan tidak membuka tanah baru. Jika ingin mengerjakan sebuah ladang, sekurang-kurangnya tanah seluas 5,000 hektar perlu dikorban dan nanti apa kata rakyat sekalian dan dengan itu keputusan untuk membuka ladang baru diluar negara diputuskan.

b) Memenuhi keperluan jangka panjang dengan istilah 'food securities' dan keputusan untuk menanam kelapa sawit telah dibuat dan perjanjian dimenterai antara kedua belah pihak antara sebuah syarikat swasta yang telah lama berkecimpung dalam bidang pertanian di luar negeri dan kerajaan negeri. Tandatangan yang dibuat selepas hari raya puasa tahun 2008 didalam pejabat MB merupakan satu langkah kehadapan yang dihadiri oleh beberapa pegawai kanan MB sendiri dan disaksikan oleh Ustaz Azizan Razak.

c) Memenuhi kehendak rakyat dengan tidak menghalau sesiapa keluar dari tanah mereka apabila tanah pertanian hendak dikerjakan. Ini dapat menjimatkan kos pentadbiran seperti membayar pampasan kepada tuan-tuan tanah yang terlibat dengan pengambilan tanah dan sebagainya seperti terjadi di Langkawi sehingga hari ini pengusaha-pengusaha kebun belum berpuas hati dengan pengambilan tanah yang diusahakan oleh mereka.

d) Penanda Aras atau pemacuan kerja kerajaan negeri dan ini satu contoh paling aktif selepas memegang tompok pemerintahan baru dimana rakyat tahu hala tuju sesebuah kerajaan baru dan selari dengan apa yang dikempennya semasa pilihanraya. Keselamatan makanan merupakan janji kerajaan kepada rakyat dengan tidak mengambil tanah rakyat untuk membuat pembangunan. Dengan memajak tanah lain sebagai ganti kepada rakyat dan hasil keuntungan dari sana nanti dipulangkan kepada rakayat.

e) Berita pembelian saham ini iaitu sebanyak 70% oleh kerajaan negeri melalui anak syarikat milik kerajaan iaitu Kedah Corporation telah menjadi bahan berita seperti di The Star, Utusan Malaysia, Bernama, The National, PNG dan jaringan internet seperti Kedahlanie dan lain-lain.
Ini merupakan satu pengumuman keseluruh rakyat jelata dan pemberitahuan secara rasmi kepada seluruh rakyat negeri Kedah akan kejayaan kerajaan negeri memiliki saham tersebut.

Sebagai salah seorang staff yang bekerja dengan syarikat tersebut adalah menjadi tanggungjawab untuk aku mengrungkaikan segala kekusutannya. Ini adalah untuk menyatakan kebenaran yang sebelum tiada siapa yang berani menyatakan kebenaran tersebut.

Kisah pelaburan kerajaan negeri dibawah pemerintahan PAS keluar negeri telah menjadi satu isu yang besar. Ini kerana sebelum ini tidak pernah anak syarikat kerajaan dipelawa dan membuat langkah yang drastik sebegitu. Tidak tahu pula mungkin ada yang cemburu dengan kejayaan tersebut atau ada yang tercicir dari peringkat awalnya.

Khamis, 20 Mei 2010

Kisah Jenazah Mulia

Maaf sebab dah beberapa hari rasanya saya tak pedulikan blog ini. Sebenarnya ibu saya sakit dan di masukkan ke wad sejak Sabtu lepas. Jadi, kebanyakan masa saya dihabiskan di hospital la selama 2,3 hari ni. Tak sempat langsung nak ber’tenet’.


Namun, pagi ini, sebelum pergi kerja tadi, sempat juga saya curi masa untuk check email. Saya lihat dalam inbox saya ada beratus-ratus email yang masuk. Saya check satu persatu, dan mana yang sempat saya balas, saya balas.


Dalam banyak-banyak email tu, saya terbaca satu email yang dikirimkan oleh salah seorang pembaca blog PakarHowTo iaitu saudara Isam Idris (bleazapp@yahoo.com). Setelah dibuka dan dibaca email tersebut, saya dapati kandungan email itu sangat bagus dan memberikan kesan pada hati saya.


Tanpa berfikir panjang, saya terus ‘copy & paste’ kan artikel tersebut untuk bacaan para pengunjung blog ini. Semoga apa yang diceritakan ini memberikan iktibar dan pengajaran kepada kita semua.


Mari kita hayati kisah ini sama-sama…


Kisah-kisah yang ingin saya paparkan di sini kalau ia boleh menyentuh perasaan dan ketidakselesaan muslimin-muslimat, saya mintak maaf banyak-banyak. Niat saya hanya nak berkongsi cerita dengan para muslimin-muslimat sekalian.


Meninggal Dunia Ketika Lepas Solat Asar


Ustaz (di sini saya namakan Ustaz M) yang diamanahkan untuk mengendalikan kursus jenazah ini sudah berpengalaman hampir 10 tahun dalam mengendalikan urusan mandi jenazah di sekitar Lembah Kelang dan Malaysia . Beliau amat terkenal dikalangan jemaah masjid di sekitar lembah Kelang ini. Malah beliau juga selalu berulang-alik ke merata negeri seperti pantai timur semenanjung dan utara selatan untuk menguruskan mana-mana jenazah yang dibawa ke masjid yang memerlukan khidmat tangan beliau.


Saya nak mulakan kisah ini dengan kisah yang pertama.


Kisah ini berlaku pada seorang imam di selatan KL yang meninggal dunia ketika lepas solat Asar.


Imam tersebut meghembus nafasnya yang terakhir sebaik sahaja selesai memberi salam yang pertama.


Subhanallah! Matinya dalam keadaan yang amat murni. Murni di sini maksud saya, matinya bukan dalam keadaan berbuat maksiat pada Allah SWT. Mati ketika habis solat dan masih di atas tikar sejadah dan sedang beribadah!


Jenazahnya telah di bawa ke hospital X untuk urusan pemeriksaan rutin (medical check-up) dan urusan-urusan lain yang perlu untuk pengurusan pengkebumian.


Pihak hospital X telah memanggil ustaz M untuk urusan mandian jenazah. Maka bergegaslah ustaz M ke hospital untuk urusan tersebut sebab bagi beliau, jenazah yang hendak dimandikan ini begitu istimewa pada pandangannya, kerana roh si mati telah dicabut oleh malaikat Izrael ketika mana sedang mengimami solat!


Sebaik sampai di hospital, ada sedikit masalah yang timbul. Pihak hospital telah mendapati bahawa jenazah imam tersebut tidak mempunyai sebarang pengenalan diri, dan pihak hospital atas bantuan rakan-rakan jenazah mendapat tahu, jenazah imam ini adalah meupakan orang luar. Maknanya seorang imigran, yang bermastautin di negara kita.


Rentetan daripada kes ini, pihak hospital X terpaksalah menyimpan dahulu jenazah tersebut untuk beberapa hari bagi urusan dokumentasi dengan pihak berwajib sehinga selesai dan kemudian itu barulah segala urusan yang berkaitan pengebumian akan dilaksanakan. Yang pasti terkilannya sudah tentu ustaz M. Kerjanya sudah sedikit terbantut pada hari itu. Sebelum itu, hatinya sudah pun begitu berbunga untuk menguruskan jenazah imam yang dimuliakan Allah SWT ini. Tentu ada kelebihan tersendiri kenapa imam tersebut pengakhiran rohnya di atas tikar sejadah!


Maka, jenazah imam tersebut pun dimasukkanlah ke dalam ‘freezer’ (maaf, saya tak tahu apa istilah pembeku mayat ini) di dalam bilik mayat hospital X buat sementara waktu.


Lapan hari berlalu. Ustaz M dah mula nak melupakan pasal jenazah imam ini.

Tapi, dengan takdir Allah SWT, hari ke-9, telefon bimbit ustaz M berbunyi.

“Nampak macam no hospital nie”, getus hati ustaz M.

“Hello, ustaz M ye?”… satu suara bertanya.

“Ya, ustaz M bercakap”.

“Ustaz ingat lagi tak mayat imam yang meninggal masa solat Asar tempohari?”, sang suara meminta kepastian.

“Imam…imam. …yanng mana satu….ermm. .oh…ya. .ya..ingat. .ingat… “, ustaz M memberi kepastian dalam ingat-ingat lupanya.

“Dokumen dah siap, boleh ustaz datang sepital, uruskan tak?”, beritahu sang suara ringkas.

“Ok..ok…, sekarang juga aku bergerak, setengah jam lagi aku sampai! “,
balas ustaz M.


Lega hati ustaz M. Dapat juga dia uruskan mayat tersebut setelah beberapa hari ‘pending’. Ingatkan dah tak jadi apa-apa dah. Lama bebenor pihak hospital nak mengurus kan dokumennya.

Sampai di hospital, ustaz M yang baru tiba diarahkan ke bilik mayat. Di bilik mayat telah ada beberapa orang saksi di kalangan pegawai hospital dan juga polis serta saksi-saksi lain termasuk rakan-rakan jenazah imam tersebut. Semua saksi ini diperlukan kerana inilah ‘prosedur’ yang telah ditetap oleh pihak berwajib. Sebab jenazah dah berhari-hari di situ. Tambahan pula jenazah orang luar.


Bismillahir Rohmaanir Rohiim…… Dengan bersaksikan mata sekeliling yang memandang, ustaz M menarik ’stretcher ‘ peti sejuk beku mayat tersebut dengan perlahan-lahan. ..


Subhanallah! Mayat imam ini masih lagi segar merah. Mayat ini juga berpeluh! Macam mana simpan dalam peti ais berhari-hari boleh berpeluh?


Korang tak payah jawablerrr.. ..Seolah- olah imam ni baru aje meninggal sebentar tadi. Mayatnya tidak keras dan tidak pula membeku! Macam orang sedang tidur. Ustaz M kelu lidahnya. Begitu juga orang di sekeliling.


Istimewa sungguh mayat ini. Kalau daging mayat biasa dah lama mengeras dan membeku. Masya-Allah! Sekali lagi perkara pelik berlaku…terdapat pula pada dahi jenazah imam ini, tertera satu kalimah tauhid iaitu perkataan “ALLAH”!


Semua orang di sekitar dapat menyaksikan peristiwa ini. Tiada perkataan lain yang keluar dari mulut mereka melainkan tasbih memuji Allah SWT meniti di bibir masing-masing di atas apa yang berlaku.


Semakin bersemangatlah nampaknya ustaz M nak menguruskan jenazah tersebut. Yerlah, siapa yang tak suka pada sesuatu yang molek dan membahgiakan kan ?….


Jenazah imam itu dimandi, dikapan dan disembahyangkan dengan segera sebagaimana biasa. Semua proses ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Semuanya berjalan amat mudah. Allah SWT telah pun memuliakan jenazah imam ini di dunia lagi atas jasa-jasa dia yang Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.


Mengikut ustaz M lagi, lepas semua tu selesai, dia ada juga bertanya pada rakan-rakan Allahyarham apa yang diamalkan oleh Allahyarham semasa hidup sehingga mendapat pengiktirafan yang begitu tinggi daripada Allah SWT masa kematiaanya.


Jawapan yang didapati daripada rakan-rakannya ialah selain daripada seorang yang berbudi pekerti mulia dan seorang imam yang baik, amalan semasa hidupnya ialah tidak pernah tinggal bangun malam dan bersolat tahajjud. Semua amalan ini dilakukkanya secara istiqamah. Ditambah pula oleh amalan-amalan lain yang tidak dapat dilihat oleh rakan-rakan arwah, yang mana hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahuinya.


jenazah


MENINGGAL KETIKA BACA KHUTBAH JUMAAT


Ustaz M pada kursus hari kedua telah bercerita tentang seorang imam yang meninggal ketika sedang membaca khutbah pada solat Jumaat.


Kursus hari kedua ni bermula jam 9.15 pagi. Sebelum memulakan kursus, ada jemaah yang kelihatan sedang mendaftar semula kat meja pengelola, ada jemaah yang mundar mandir sambil menunggu ketibaan Ustaz M, ada yang solat sunat Dhuha. Ada yang duduk2 berborak dan berkenalan antara satu lain dan ada yang nampak berzikir. Maklumlah yang datang kursus ni bukannya sedikit. Hampir 180 orang kesemuanya. Ustaz M cakap, inilah kursus pengurusan jenazah yang paling ramai yang dia kendalikan. Sebelum ni, paling ramai pun yang berkursus adalah dalam lingkungan 50 - 60 orang sahaja. Luar biasa ramainya, puji beliau.


Ustaz memulakan kursus dengan sedikit ucapan alu-aluan. Kemudian, dia ada menyentuh sikit tentang solat sunat Dhuna. Sebab sebelum tu ramai juga jemaah yang solat sunat Dhuha. Solat sunat Tahiyyatul-Masjid sudah pasti. Meneyentuh tentang solat sunat dhuha ni, Ustaz M memulakan cerita.


Berlaku di sebuah masjid di selatan ibu Kota Kuala Lumpur. Masa tu, hari
Jumaat. Solat JUmaat sudah dimulakan pabila bilal melaungkan azan dan
sejurus kemudian imam naik ke mimbar untuk mula membaca khutbah.


Imam kali ini ialah seorang pemuda yang berusia 28 tahun. Muda lagi. Dan sudah berkahwin. Jemaah di situ memang sudah arif sangat dengan imam ini.


Imam ini memulakan khutbahnya. Sampai pada perkataan, “Uusyikom Bitaqawallah, Waihyaa….. ……… ……… .”. Tiba-tiba imam ini terdiam….


Semua para jemaah diam (memang dengar khutbah kena diam pun) dan hanya memerhati sahaja ke arah imam. Semua mata tertumpu kepadanya.


Imam masih lagi senyap. Matanya terpejam rapat. Tidak bergerak. Suasana hening seketika. Kedengaran sekali sekala bunyi enjin kenderaan motor keluar-masuk kawasan masjid menandakan ada jemaah yang baru tiba. Mana yang tengah berwudhu’ nampak tidak berapa ambil pusing dengan apa yang sedang berlaku di atas mimbar. Di satu sudut masjid pula, kelihatan jemaah yang tak mendengar khutbah, leka mengunyah pisang emas dan pisang montel yang disedekah oleh orang ramai. Ambil berkat gamaknya.


Tiba-tiba tangan imam yang sedang memegang kayu mimbar, melurut ke bawah, dan beliau pun jatuh terduduk di atas kerusi khatib. Kepalanya terlentuk ke bawah. Makmum yang masih tergamam dengan peristiwa ini, segera bangun untuk melihat apa yang terjadi. Bilal menerpa ke arah imam dan ingin membantu serta menolong jika sesuatu yang buruk berlaku kepada khatib.


Imam (khatib) dipapah turun dan diletak di hadapan para jemaaah di saf
hadapan. Setelah diperiksa oleh bilal, tiada perkataan lain yang boleh
diucapkan selepas itu melainkan, “Innalillahi wainna Ilaihi roojiuun…” .


Kembalinya ke rahmatullah seorang imam yang amat berjasa pada masyarakat setempat. ada makmu yang masih terkejut dengan peristiwa ini. Ada juga yang menitiskan air mata tanda terharu. Hilang sudah sebutir permata yang baru nak berkembang mekar. Hilang juga satu cahaya yang menerangi alam yang fana ini.


Yang uniknya kata ustaz M, sewaktu imam itu menghembuskan nafas terakhirnya, jatuhnya betul-betul di atas kerusi yang berada di belakangnya dan terus sahaja duduk. Tidak jatuh tersungkur ke depan, dan tidak juga jatuh sama ada ke kiri atau ke kanan mimbar. Elok sangat duduk atas kerusi khatib, sama seperti beliau duduk sebelum memulakan bacaan khutbah tadi…dan pada masa ini juga, dipercayai, imam tersebut telah pun meninggal dunia….Jenazah pun dibawa balik untuk diuruskan…


Ustaz M pun dipanggil untuk menguruskan jenazah ini.


Sebaik kain penutup mayat diselak untuk memulakan proses mandian jenazah, ustaz M begitu terkejut bercampur terharu yang amat sangat bila melihat beberapa kejadian mengkagumkan berlaku pada mayat. Apa yang terharu dan peliknya?… .


Ya,


Badannya jenazah itu amat berseri dan masih nampak kelihatan darah masih mengalir lagi pada seluruh tubuhnya. Seolah-olah jenazah ini masih hidup. Tidak mati gitu. Macam orang tidur aje. Dan yang lebih mengkagumkan ustaz M lagi, keluarnya satu haruman yang semerbak dari badan jenazah. Wangi sungguh! Tak pernah ustaz M mencium bau wangian sebegini rupa selama dia menguruskan jenazah lain sebelum ini! Hebat mayat ni, fikir ustaz M…


Subhanallah!


Hati ustaz M begitu melonjak girang untuk meneruskan memandikan jenazah imam sehingga selesai. Hati kecilnya berdoa ;


“Ya Allah! Engkau Maha Mulia! Engkau telah memuliakan mayat ini, maka
muliakanlah ia sehingga aku selesai memandikannya. Aku begitu seronok
melihat jenazah dalam berkeaadan begini. Ya Allah…Ya Allah..Ya
Allah……. ……”


Rupanya-rupanya kemuliaan jenazah imam ini tidak berakhir di situ. Doa
ustaz M dimakbul Allah SWT. Menurut ustaz M lagi, sewaktu jenazah imam ini nak ditanam ke dalam liang lahad, sahabat-sahabat yang menggali kubur memberitahu, muncul pula pelbagai jenis bunga-bungaan yang datang entah dari mana, turut berada di dalamnya . Masa gali tadi takde. Elok aje mayat sampai, banyak pula munculnya. Cantik sungguh liang lahad dengan dihiasi bunga-bungaan tersebut, seolah-olah sedang meraikan dan menanti kedatangan bakal penghuni syurga!


SUBHANALLAH! SUBHANALLAH!


Tak tau apa lagi nak cakap betapa Allah SWT telah pun meletakkan hamba-Nya ini di maqam tertinggi dan dimuliakan Tambahan pula, ianya sudah pun dipertontonkan pada umat Islam lain, agar memahami dan menegerti bahawa inilah balasannya. pada orang yang beramal soleh serta taat dan patuh pada perintah-Nya! Sesungguhnya Allah itu tidak memungkiri janji-NYa!


Seperti biasalah, ustaz M pasti tak akan puas hati kalau tak bertanya pada isteri yang dimuliakan Allah imam tersebut tentang apakah amalan si arwah pada masa hidup sehinggakan jenazahnya mendapat pengikhtirafan sebegitu rupa sejak dari alam dunia lagi.


Menurut kata isteri arwah imam tersebut, sepanjang dia hidup bersamalah, perkara yang dia perasan, amalan imam itu semasa hayatnya kalaulah ia boleh dijadikan ukuran, ialah tidak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha dan solat sunat Witir.


Inilah amalan istiqamahnya. Setiap malam, sebelum arwah menutup dairi
kehidupannya hari itu dan tidur, pasti dia akan menunaikan solat witir.
Setiap hari, sehinggalah ke pengakhiran hayatnya, ditambah pula oleh
amalan-amalan lain yang dilakukan sebagai seorang yang menjawat jawatan sebagai seorang imam untuk kawasan tersebut.


Wallahua’lam.


“Sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam” yang didoakan oleh Nabi Yusuf dalam Surah Yusuf, ayat 101 yang berikut:


[101] “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh”.


SEBARKAN PADA YANG LAIN…..

BANTUAN KECEMASAN BANTU SAR AL WAHIDAH

ASSALAMUALAIKUM PADA SEMUA .................

Sahabat -sahabat,

Bantuan anda semua amatlah diperlukan bg menyelamatkan seramai 400 org pelajar Sekolah Agama Rakyat (KAFA INTEGRASI) AL WAHIDAH, Taman Bukit Indah Ampang kerana pada masa ini bangunan sekolah mereka sedang dilelong oleh pihak bank berkemungkinan daripada pemilik bangunan tidak mampu membayarnya.

Harga yang ditawarkan adalah RM 550,000 dimana pihak sekolah tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk membelinya walaupun Pengetua sekolah tersebut sedang mencuba sedaya upaya untuk menyediakan wang yang dikehendaki.

Pihak sekolah diberikan masa selama 6 bulan oleh pihak bank bg menyediakan wang tersebut. Setakat email ini ditulis pada 09/05/2010 pihak sekolah telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM 20,000 dan mereka menpunyai masa lebih kurang 5 bulan lagi.

Oleh yang demikian, pihak sekolah sedang menjual saham sebanyak RM50 seunit bagi sesiapa sahaja yang ingin membeli bagi membantu pihak sekolah menyediakan wang yang secukupnya.

Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan kepastian mengenai keadaan sebenar, tuan2 dan puan2 bolehlah menghubungi sendiri Pengerusi Sekolah tersebut seperti butir2 dibawah.

HJ MOHAMED BIN SAHARUDIN - 0162953756 / 0199476844

Sumbangan tuan2 dan puan2 bolehlah di masukkan kedalam akaun bank seperti dibawah

Akaun : KAFA INTEGRASI AL WAHIDAH

Maybank :: 562209609000

Tolong lah panjangkan email ini kepada sahabat handai yang lain yang boleh turut serta membantu pelajar-pelajar sekolah tersebut.

Mohd Nazlie Abdul Hamid

Assistant Manager

Group Accounts

Latah dari Jayjay...........Jeslabu

Latah 1
Kelmarin aku lepak2, saja tengok berita tv3.. bila dah nak muncul bab politik aku sepatutnya kaleh tengok discovery channel, tapi sebab belum betul2 bab politik aku tengok jer perasmian hari belia oleh PM.. bla bla bla.. yang aku tertarik kemudiannya Najib umumkan peruntukan untuk belia..
"10 juta.. saya bagi, .. untuk pembangunan belia.."
aku tak pertikaikan peruntukan 10 juta yg gomen nak bagi.. tak kisah, mungkin dah masuk dalam planning.. tapi yang meloyakan aku adalah ayat
"10 juta.. saya bagi.."
terus aku spontan cakap sorang2.. 'banyak la duit hang nak bagi 10 juta!!.. kaya la PM Malaysia boleh bagi 10 juta utk belia.."
Adakah pemimpin kita sekarang sudah menganggap wang Kerajaan atau wang pembayar cukai sebagai duit mereka sendiri? Aku faham maksud sebenar, dia sbg org paling berkuasa di Malaysia telah MELULUSKAN peruntukan 10 juta.. tapi apa yg keluar dari mulut adalah penting kerana ianya mencerminkan hati..
walaupun mungkin ada yg menganggap latah aku remeh-temeh tapi pada pemimpin masa depan sayugia sama2 kita beringat itu bukan wang kita.. itu wang rakyat.. sekurang2nya sebutlah "Kerajaan meluluskan peruntukan 10 juta...." atau..kalau nak lagi clear "Kerajaan akan memperuntukkan 10 juta daripada wang pembayar cukai..."
Latah 2
Sempena Hari Guru : 20,000 guru dapat hadiah kenaikan pangkat.. ha ha ha.. itu retorik sahaja..ada 400,000 orang guru dan tahun ini 20,000 dah cukup haul dan nisab utk bergerak dari 41 ke 44, 44 ke 48, 48 ke 52, 52 ke 54 dan segelintir 54 ke Jusa C.. utk makluman dari gred 41 ke gred 44 kena tunggu 10 tahun servis.. 10 tahun lagi baru masuk zon 48 pulak.. golongan guru tidak lah bernasib sebegitu baik seperti pegawai PTD yg hanya mengambil masa 3 tahun utk bergerak dari gred 41 ke 44 dan seterusnya..

Walaubagaimanapun syukur Alhamdulillah kerja gomen macam mana keadaan ekonomi pun tetap tak rebah menyungkur ke bumi.. cumanya ada org kata untung golongan guru dapat hadiah.. itu bukan hadiah tapi kalau nak kata hak nanti orang pertikai pulak.. senang cakap dah sampai masa, cukup tempoh servis memang la dapat.. kalau tak jadi cikgu pun kerja gomen lain akan dapat juga..hehe.. Yang istimewa tahun ni semua guru dapat penyapu sempena hari guru untuk gotong royong bersihkan sekolah.. Alhamdulillah. . besar ganjarannya di akhirat..
sekadar latah Jesslabu.

Sabtu, 15 Mei 2010

Bertemu Sahabat Lama


Malam Jumaat di Bravo's Cafe, Puchong Perdana bersamaan 13 Mei 2010. Wan Tenoi, Japrol, Madi, Asri, Nuri dan saya sendiri telah berhimpun disana. Apa yang menarik ialah minggu lepas kami dah bertemu di Shah Alam. Kehadiran masa tu ialah Japrol, Asri, Shahruzee, Madi Kalai dan saya sendiri. Selang seminggu diadakan semula kerana Japrol sekarang begitu aktif dalam acara alumni ni. Sebenarnya di Puchong sendiri beliau juga mengatur pertemuan tersebut dimana 3 rakan kama terpisah iaitu Nuri, Pak Wan, Madi Pendek, Asri dan aku sendiri sudah hampir 20 tahun tak bertemu.

Bayangkan aku sendiri tak pernah jumpa Madi dan Asri selama hampir 20 tahun dan menurut Madi kali terakhir aku bertemu dengannya semasa aku bekerja di Jeniang lagi dan selepas itu masing-masing membawa diri. Asri aku ingat semasa terakhir berjumpa beliau ialah 23 tahun yang lalu di Gunung Jerai. Itu pun masa tu manalah kisah sangat tapi rupa-rupanya itulah kali terakhir aku berjumpa dengan beliau.

Itulah kisah kami yang pernah tinggal sebumbung, makan sekawah dan tidur berasingan bantal dan katil disuatu ketika dahulu dan semua kini tinggal kenangan.

Khamis, 6 Mei 2010

Di Persimpangan



Surat yang aku baca pada 3 Mei 2010 adalah merupakan kata-kata terakhir dan peluang penghabisan bagi pihak sana menjawab terima atau peluang keemasan ditarik balik. Itulah yang boleh disimpulkan dan dalam masa tersebut jika terjawab maka tamatlah riwayat.

Kekadang ia terlalu sukar untuk difahamkan kenapa peluang terbaik ini ditolak. Masih sukat mengerti apakah bakal tersurat disebalik tersirat dan ruangan ini hanya sekadar coretan melepaskan geram.

Tercabar juga apabila seseorang itu mengatanya semua isikandung hasil dari kerjabuat aku dipersendakan dan cuma dikutip ditepi jalan. Itu satu ramalan salah dan sesiapa yang terkena sumpahan sedemikian akan terasa penat. Memang tak patut dituduh macam-macam umpama kesalahan amat besar sedangkan setelah disiasat adalah sebalik. Sekarang ini siapa akan mengaku kesilapan tersebut. Umpama baling batu sembunyi tangan.

Kadang-kadang kita amat sukar membaca isihati manusia biarpun perkara bersyarat yang tertera didalam kertas. Kini pembikinan sudah hampir penghujung jalan tiba-tiba hati manusia berubah kembali seperti asal kononnya apa yang dipikul umpama satu kecelakaan. Betullah orang bersuara selama ini jika ingin bermain diliga tempatan, usah perlu mengeluarkan modal tinggi.

Benar, lihatlah mutu permainan bolasepak tempatan, jika setakat juara sukan sea adalah sejarah lampau. Usah dibanggakan dengan prestasi semasa dan lihatlah apa yang terjadi kepada Selangor, pendahului liga super dibelasah dengan kelab dari Indonesia. Inilah hasil jika ingin menjadi juara kampung dan mulai hari ini saya berharap kita perlu membuka mata dan minda.

Keluar dari kepompong atau berhijrah ke tempat lain dimana kita sudah rasa selesa dengannya.
Tertarik dengan cara satu sahabat nun jauh di selatan yang berani berhijrah ke liga luar negeri ini hasil dari keberanian tersebut pemain tersebut menjadi penyumbang terbesar didalam kemenangan pasukan. Sudah tentu penyesalan tidak sudah jika mengenangkan kesilapan lampau tetapi kebenaran akhirnya yang menyusul.

Makanan Istimewa Masyarakat Pahang



Sejak balik dari kenduri di Kampung Chat, Benta sampai hari ini masih teringat akan kelazatan makanan di sana. Setiba kami di rumah yang disediakan, kami rasa macam hari raya, dihidangkan laksa, kuih muih, biskut raya, dan rendang. Pada malam majlis kenduri tahlil pula, rombongan kami dihidangkan dengan ikan patin masak lemak tempoyak, kerabu pucuk nyok (kelapa), kambing rendang hitam. aku makan tambah 2 kali. mana tidaknya, dirai sungguh.